cupuh com
sahabat-keyboard.web.id
Semarak 4 Tahun HN Community
Semarak 4 tahun HN Community
Semarak 4 Tahun HN Community Syawal oh Syawal | welcome to shoping news | simple shoping

Syawal oh Syawal

Bookmark and Share
Syawal tiba lagi..cepat betul masa berlalu..dan aku pun hampir 3 tahun jadi blogger ni..dlm pada tak pandai berblog kononnya, bila tgk archive sendiri, hmm hanya mampu tersenyum je lah baca title entry2 yg aku dah post kan.

Sebenarnya, nak bgtau yg Syawal tahun ni merupakan Syawal yg happy buat aku, walaupun wallet ku yg agak kurang ketebalannya dek notes2 Ringgit Malaysia, haa! padan muka aku, tapi aku tetap happy dalam hati dan jiwa raga..pasalnya, berkat sabar akhirnya orang tua aku telah menerima seadanya bakal pasangan hidup yg aku ceritakan di entry yg lepas..betapa mendapat tentangan yg agak hebat...dalam diam, aku bersyukur ke hadratMU ya Allah atas kurniaan ini. Sungguh pun mcm tu, aku tetap kena jaga kepercayaan yg diberi oleh org tua aku dlm hubungan ini..aku bermohon padaMU ya Allah, agar KAU titipkan keimananMU agar aku dan pasanganku sentiasa berusaha utk memperbaiki diri ke arahMU agar bertambah berkat kasih sayang kami berdua ke akhirnya..amin

Hari Raya tahun ni, tema keluarga kami ialah Turquoise Blue. Adik beradik pula tahun ni masing2 beraya umah mentua..tinggal kami 4 beranak je beraya pada raya pertama tu. Along anak beranak beraya umah mentua di kelantan kali ni. Raya Haji nnt baru dia beraya di sini..umah mak kami. Kak ngah pun sama, raya pertama di rumah mentua, tapi awal pagi raya ke-3 dia sampai la ke rumah mak kami. Juadah untuk raya pertama hanya ketupat, dendeng daging dan ayam. Tahun ni mmg masak sikit je sbb lepas solat raya, kami sekeluarga terus keluar beraya ke rumah saudara2 yg lebih tua. Destinasi pertama ke Keramat, KL...kemudian ke Serdang dan seterusnya beraya di sekitar2 kampung kami di Sg. Merab...Alhamdulillah semuanya serba sederhana tapi meriah amat walaupun along dan kak ngah tak de pada raya pertama tu..

Hari ni, pejam celik dan masuk raya ke-5..sekejap je kan. Khamis ni start la keje, arghhh terasa malas nya sbb mood raya masih bersisa. Terngiang2 di telinga sewaktu menziarah salah sorg makcik yg sakit di Sg.Kembong, Nenek Saerah yg menegur ketembaman dan kegemukan badan aku ni, haha! Sambil bersalaman dengan selamba dia cakap;

" Wah, dah bosa dah anak daro sorg ni ! kemarin, kocik yo..sehat dio ! "

' Gomok sebonar ehh nekk..'

"Gomok x po do, nampak lawa..., bilo laie nih? sok2 jgn lupo jomput nenek lak ! "

'Ahaiii..lawa ko nek? aisehh, kemarin maso kuruih, x lawa ko? hahah..calon? alahai, sesaba lu nek, insyaAllah ado joki ehh tak ke mano do..kalo tibo soru eh, den jomput nek la, wajib tuh !'

Well, aku terima seadanya akan pujian nenek itu..sure sesape yg dengar ni, pasti geli geleman dan akan kata aku perasan..hahah! gasakkan, yg puji nenek tu bukannya masuk bakul angkat sendiri ehh, ataupun masuk lif tekan sendiri..hiks. Tapi mungkin nenek tu sekadar mahu mengambil hati akan aku yg gemuk size nye nih, Wallahualam ! Cerita soal kegemukan, damn shit! aku mmg gemuk gile skrg, ya Ampun...bila sebut soal diet rasanya dah boleh bikin sawan mak dan kak ngah aku dengar, berjuta kali sebut nak diet, tapi x jugak kurus2...apa taknya, semua nya sedap, bedal je. Tu lah aku, haihh...masa puasa tu hari pun aku rasa tak turun2 nye berat badan. Aduii tuluuunnnn kengkawan, camno nak buek nih? Nak amik gambor pun punya la aku bajet angle dia baik2 supaya badan nampak nipis...pipi ni toksah cerita la, mcm belon...eiii gerun mak !

Secara keseluruhannya, aku agak berpuas hati dgn tahun 2010 ni buat setakat ni, so far Ramadhan dan Syawal yg aku harap2kan beroleh sedikit ketenangan dan kegembiraan wujud juga kalau nak dibandingkan dengan tahun2 yg lepas..tahun ni pun tak kurang juga dugaannya cuma Alhamdulillah masih terkawal dengan baik. Ditambah dengan restu org tua aku, aku rasa lapang sesangat jiwa ni, apa yang aku perlu buat sekarang ialah lepas raya ni, start bulan ni aku nak langsaikan hutang piutang aku, kali ni x de perlahan2, aku rasa perlahan2 makin lambat dan leka je, biar lah papa kedana sekejap janji hutang piutang aku settle...so aku boleh fokus hutang study PTPTN aku je. Sampai bila aku nak ngadap hutang, semak otak dan sesak nafas...org lain yg x bayar hutang tu, aku x peduli.Sebab aku dah mula memikirkan masa depan yg jauh ! insyaAllah, berbekalkan badan yg gemuk ni dan semangat yg gemuk gak, akan ku teruskan perjuangan, go bebeh !

Aku nak buktikan pada seseorang yg selalu kata aku ni lembap la, penakut la, what so ever aku x peduli. Aku x mau dengan kata2 dia tu boleh membunuh semangat aku untuk terus mengorak langkah, iskkk patriotik pulak rasanya. Apa yg aku perlukan cuma doa dan dorongan dari keluarga dan insan tersayang aku, walau ada kalanya aku sering juga bercangah pendapat dengan dia, tapi jauh disudut hati aku tak menolak juga sebarang cadangannya. Malah aku ambil secara diam..dan ambil positif..dia tahu atau tak, wallahualam dan aku rasa ada baiknya dia tak tahu dari mata kasar dan tahu dari mata hatinya...itu lebih chemistry!


Hmmm...entry kali ni aku start taip dari mlm tadi, sambil tido, agak2 terjaga aku taip sikit2 bila datang idea, so now dah pun menjengah jam 9.33 am, sambil2 berblog siap juga aku buat sarapan bihun goreng, nescafo o dan teh o..mmg dua jenis minuman kena buat pasal abg ipar aku sememangnya penggemar nescafe, termasuk la aku dan abah aku...aku nak ucapkan juga selamat bekerja pada adik aku di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, ada la pembantu aku bayar bil2 ka rumah bulan ni, Alhamdulillah...hihi...jumpa di entry yg lain plak..

baca juga artikel terkait dibawah ini

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }