cupuh com
sahabat-keyboard.web.id
Semarak 4 Tahun HN Community
Semarak 4 tahun HN Community
Semarak 4 Tahun HN Community Sahabat Sejati | welcome to shoping news | simple shoping

Sahabat Sejati

Bookmark and Share
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah masih diizinkan aku bernafas di muka bumi Allah ini untuk aku terus menjana otak yg masih sihat dan ligat mencerna idea dlm blog ni. Sesampai je rumah, lepas balik dari kerja macam biasa aku mmg takkan mandi dulu sebab akan jadi kurang selesa mandi dengan keadaan peluh yg masih melekit dibadan...boleh mengakibatkan panau !! Oh no..no..panau-panau dan segala jenis mcm penyakit kulit harus dielakkan terutamanya kaum perempuan. Jadi, mcm biasa aku akan menerpa bilik yg sememangnya jadi tempat pertapaan aku selama 6 tahun kebelakangan ini lalu mengeringkan peluh di bawah kipas siling jenama National. Air Cond ada - tapi bil akan melambung so jangan ditanya kenapa ! sememangnya dah jadi satu tabiat aku sekarang memerap kat bilik !

Sambil menghempaskan badan ke tilam empuk, berguling2 sekejap..on laptop ! apa nak buat ni? sambil2 memikir apa yg akan aku buat, mesej si dia masuk bertanyakan khabar diri ku yg sememangnya kurang sihat sejak semlm memikirkan masalah negara yg dicipta ! ahh..sakit hati bila memikirkan nya..tak lupa juga menyatakan rasa rindunya yg teramat pada aku..aku pun balas seadanya...menyatakan rasa yg sama..memang indah rindu dan kasih sayang tu, jika dua hati ikhlas dan jujur meraih rasa tu. Dan aku sedar, kasih sayang dan rindu anugerahNYA ini lebih indah jika dua hati ini meraihnya kerana NYA Yg Maha Esa..



Laptop dah on! 5 minit lebih jugak aku memandang skrin laptop tanpa punya idea apa utk aku surf hari ni, teringat nak layan movie online, cerita Devil. Menunggu buffer mmg buat aku lemah tapi adapkan juga. Dalam menunggu buffer tu selesai, sempat juga memikirkan kawan-kawan lama, yg pernah menjadi kisah klasik hebat aku satu waktu dulu. Terkeluar juga keluhan kecil..sememangnya aku rindu kan saat itu..


Aku mengiring pula badan ke kanan, satu-satu gambaran detik-detik gembira dan sedih dengan kawan-kawan jelas dipandangan, kalau pakai spek 3D tu aku rasa mmg boleh sentuh la..daripada kawan sekolah, kawan satu kolej, kawan universiti, kawan habis study, kawan ofis lama..kebanyakan nya dah pun kawin, dah beranak pinak, bahagia dengan life masing2. Kenapa yea, bila zaman ni berlaku, kita dah tak boleh kembali macam dulu..? Kita dah tak boleh nak happy yg teramat macam dulu? Jawapan yg biasa adalah seperti berikut:

1- Dah kawin, ada suami/isteri kena la jaga batas2 nya..tak boleh nak bebas sangat

2- Kena la jaga hati suami/isteri

3- Siapa tak sayang suami/isteri oii

4- Kau tak kawin lagi, mana kau tahu !

5- Anak aku kecik lagi, meragam nanti jenuh dibuatnya !

Ok..cukup lima ni dulu jawapannya, selebihnya aku rasa naik angin pula nak taip. So, apa ni? semua jawapan semua tak berwawasan. Kenapa alasan2 ni dijadikan jawapan dlm persahabatan? Bagi aku, niat tu paling penting dalam berkawan ni..daripada 5 jawapan kat atas ni, buat aku tertanya satu soalan..satu je soalan, tapi berulang kali aku memikirkannya iaitu K.E.N.A.P.A ? K.EN.A.P.A ? dan............K.E.N.A.P.A ??

Persoalan aku utk lima2 jawapan kat atas:

1- Kenapa mesti bebas? aku ajak buat maksiat ke dgn kau? Hello ~~

2- Kenapa nak kena jaga hati pulak? aku ada hati dengan suami/isteri kau ke? Pleaseee~~

3- Kenapa timbul soal sayang tak sayang ? aku suruh korang bercerai berai ke ? Gile ke ?

4- Kenapa kalau aku tak kawin ? dan Kenapa pula aku kawin?

5- Kenapa takut anak meragam ? kalau takut, tak yah kawin dan beranak ...

Aku memang bingung dengan keadaan ni sebenarnya..aku banyak muhasabah diri dgn kejadian ini. Apa makna persahabatan pada korang semua? Apa niat yg korang pasang dalam hati utk bersahabat sebenarnya? Aku tertarik dengan artikel bawah ni yg dipetik dari salah satu blog sape ntah..aku google erti sahabat dalam Islam, aku jumpa blogger nih...saya follow anda..terima kasih atas artikel yg amat buat saya tersentuh dan berfikir panjang..dan sedalam-dalamnya:


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.


Marilah sama2 kita ubah niat persahabatan kita dengan betul kawan2.. kerana jawapan2 yg kalian berikan memang tak menepati cara aku berkawan..sedangkan hakikatnya aku sayang kalian semua. Moga ukhuwah dan silaturrahim antara kita kekal utuh ke Jannah NYA ! InsyaAllah..







baca juga artikel terkait dibawah ini

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }