cupuh com
sahabat-keyboard.web.id
Semarak 4 Tahun HN Community
Semarak 4 tahun HN Community
Semarak 4 Tahun HN Community Memuliakan Tetamu | welcome to shoping news | simple shoping

Memuliakan Tetamu

Bookmark and Share
Berlaku peristiwa dimana pernah tetamu aku yg agak kekurangan dari segi taraf hidupnya diabaikan, maka suatu hari aku dengan sengaja pula mengabaikan tetamu seseorang hanya sekadar menguji "Pengabai" tetamu ku yang sememangnya dikenali dengan kuat pegangan agamanya. Akhirnya perbuatan ku itu ditanya juga "kenapa aku mengabaikan tetamu itu dengan memasamkan muka?"..soalan yang memang aku nanti2 kan...dan dengan penuh hormat dan lembut aku pula tanyakan soalan yang sama "kenapa pula tetamu ku yg dtg itu diabaikan dengan memasamkan muka"?...alasannya "kalau cari org yg setaraf, maka akan dilayan dengan baik"....begitu ke seseorang yang kuat pegangan agamanya dlm melayan tetamu? ...sedang trfikir2 kan masalah ni, sambil aku surfing maka terbacalah satu artikel ini..maklum aku akui aku bukanlah org yg kuat pegangan agamanya, dan selama ini tidak pernah pula aku memilih taraf tetamu utk dilayan..siapa saja yg dtg, aku cuba layani sebaik mungkin walau hanya dengan senyuman kerana aku sememangnya kurang bercakap...dan ambil masa utk memulakan perbualan..Artikel dibawah membuatkan aku bermuhasabah diri sebentar..pelik dengan manusia yang pandai bercerita tentang agama, tapi bila benda2 begini taraf juga yang dijadikan topik dalam melayan tetamu...aku memohon padaMU moga diampunkan org2 ini..diberi petunjuk..dan juga berilah kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan org sebegini...Artikel yang aku paste ni diekstrak dari http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=782. Bukanlah kata bila dah berlaku baru nak cari atau refer hadith pulak...tapi x salah kan kalau aku rujuk pada sumber yang benar..sekurangnya aku usaha utk perbaiki diri yang sedia kurang ni...mana yang termampu aku buat dan manfaatkan sesama selagi utk kebaikan...aku x peduli apa kata org, bukan aku nak tunjuk alim...cuma ada yg baik apa salah kongsi sama2...apa yg salah sama2 perbaiki, x semua manusia dilahirkan sempurna...ada yg alim pun sure tak boleh terima kenyataan ini bila taraf dan pangkat dijadikan ukuran...Artikel dari Himpunan Hadith Harian Jakim..maybe this is a good starter for me to be a better person...insyaAllah kan...

=============================================================

Hadith :

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

(Muslim)

-----------------------------------------------------------------------------------------

Huraian:

Tetamu, secara pasti datang dengan maksud dan tujuan tertentu. Dalam konteks inilah Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat). Dengan perkataan lain seseorang itu belum disebut beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, selama ia tidak memuliakan tetamunya. Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa tetamu itu, sama ada kaya, miskin, Islam ataupun kafir, Allah memerintahkan kita agar memuliakan mereka. Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasa tidak perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda memuliakan dan menghargai tetamunya dari sesama pengikutnya. ‘Disebabkan ia bukan umatku yang beriman’, begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s menyampaikan teguran Allah: "Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu ? Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?" Jibril bertanya:"Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?" "Allah!" Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. "Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?" "Allah!" "Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?" "Allah!" "Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?" "Allah!"
"Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?" Nabi Sulaiman a.s terdiam dan terus bersujud.
"Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini." Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.". Bergegaslah Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: "Saudara, tunggu...!" Tetamu tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. "Kenapa?" "Saudara... sudikah engkau memaafkan perlakuan saya , ketika mana saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?" Orang itu diam. Dalam hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda. Tetapi dia terus juga bertanya: "Kenapa, wahai Sulaiman?" "Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku."
"Allah? Siapakah dia?" Tetamu itu bertanya. "Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya."
"Lalu, kenapa Dia menegurmu?" "Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?"
"Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?" Tetamu itu bertanya penuh taajub ."Iya...! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu" Nabi Sulaiman meminta.
"Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!" Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


baca juga artikel terkait dibawah ini

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }