cupuh com
sahabat-keyboard.web.id
Semarak 4 Tahun HN Community
Semarak 4 tahun HN Community
Semarak 4 Tahun HN Community Tiada Tajuk !! | welcome to shoping news | simple shoping

Tiada Tajuk !!

Bookmark and Share
Ahhhh...nyamannya bilik aku ni..terasa lega bila nampak bilik kesayangan ni sesampainya aku dr pengembaraan dgn alin.Bila aku fikir2 kan, bilik ni lah yg menjadi dunia kecil dalam hidup aku sejak 5 tahun yg lepas. Di bilik ni lah byk aku kongsi aktiviti hidup aku, suka duka semua la.Mmg aku akui aku lebih senang bersendirian dari duduk di tv hall bersama keluarga. Bagi aku, bila bersendirian di bilik mendatangkan satu kepuasan, ketenangan...memandangkan aku tak berkereta, apatah lagi lesen yg tah bila aku layak untuk dapat P..jadi itu lah cara aku menenangkan diri dgn bersendirian di bilik. Apa yg aku buat di bilik ni, tak byk....tapi kebanyakan masa aku habiskan dgn access streamyx broadband...tu pun baru2 ni je la..tapi sblm adanya streamyx ni, masa aku byk dihabiskan dgn membaca novel2 dari aisya sofea...antaranya JAUH, SEHANGAT ASMARA, BUAT MU KEKASIH..Dalam 5 ke 6 novel terbitan si aisya sofea ni, 3 novel yg aku sebut tadi mmg menjadi kegemaran aku tiap waktu. Berulang-ulang aku baca, kalau ada part sedih pun berulang2 la merembes air mata ni kuar..haha..mmg aku agak sentimental sbb garapan novel tu mmg real..atau faktanya aku mmg ratu air mata..tu yg digelar oleh keluarga aku sedari kecik..

Sambil2 menaip ni tekak terasa dahaga dan perit...bercakap soal tekak...bila la aku nak set appointment dgn doktor yea..toncil aku makin menjadi2 sekarang...kalau x minum ais pun dia buat juga sakit nya tu..tapi dlm masa yg sama jujur aku katakan yg aku takut nak buat operation toncil nih. Mmg kata doktor sekrg ni dah ada teknologi laser semua..dan risiko atau kesan bahaya pembedahan toncil dpt dikurangkan. Wallahualam...apa2 hal pun aku kena fikir panjang dalam hal ni. Aku tak nak susahkan hati parent dan seluruh keluarga pasal hal ni tambah pulak aku mmg takott nak kena bedah.......aarrghhh

Si kecik manja dah tido..Bukan main suka lagi dia tgk aku dah ada kat rumah. Aku sampai tadi tgk dia tgh tido..mak kata dia batuk..alahai sayang..sian kt dia.Sambil2 mak masak kt dapur, aku terus tukar pakaian, tolong henjutkan buai dia...lena dia tido..sambil2 henjut, aku pula terlelap..mata rasa ngantuk, tapi tido tak berapa nak lena.mungkin panas juga bilik kak ngah aku ni. Tingkap bilik direct ngadap matahari petang.Serba-serbi rasa berhaba...kepala agak pening sikit. Dalam stgh jam, aku terlelap si kecik acha dah mula menguit2 dalam buaian. Dok batuk2 akhirnya terjaga..terkebil2 mata si acha tgk aku ada depan dia...sambil puting dalam mulut dia panggil nama aku dan sambil tersenyum nakal ..katanya "achachukk"..itu lah panggilan nama aku skrg pada si acha..sedangkan panggilan tu untuk dia acha busyukkk...jadi achaachukk...disebabkan aku yg panggil dgn nama tu, dia kenal aku dgn pangilan ahcaachukk tu la...heheh...so skrg ni kalau pagi2 dia bangun, dia akan ketuk pintu bilik aku dan panggil aku achaachuukkkk.....ermmm...rasa tenang bila berada dgn budak2 kecik yg tgh nak membesar ni..nakal la mcmana pun bila tgk muka dia, cair nya la hati ni..hilang segala masalah...kadang2 bila fikir2 balik seronok nya kalau boleh jadi kanak2 balik, tak ada masalah , riang sepanjang masa...kanak2 yang bersih dan suci, kanak2 yg kata2nya sentiasa lurus dan jujur, kanak2 yg perasaan nya telus dan tanpa selindung...kanak2 yg comel dan disayangi semua org...ehhmmmm...indahnya zaman kanak2...

baca juga artikel terkait dibawah ini

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }